Syukriah saim ♥ ♥ ♥



lelaki ego perempuan emo
Wednesday, May 18, 2011 @ 9:38 PM |

Sifat semulajadi lelaki, egonya lebih tinggi berbanding perempuan. Ego sebenarnya bagus utk tundukkan pasangan korang. Tapi kalau ego tu berlebihan, ia juga boleh merosakkan hubungan. Oleh itu, ego perlu dikawal...

Ego tinggi biasanya membuatkan kita sentiasa rasa nak menang. Walaupun dah tau kita salah, kita tetap tak nak terima kesalahan itu. Akibatnya satu hubungan tu boleh jadi semakin renggang dan akhirnya terputus. Tu lah bahana ego..

Susah nak terima teguran, cepat marah, dan sukar utk meminta maaf juga disebabkan ego. Akibatnya, pasangan korang akan rasa cepat tersinggung, rasa dikongkong, tidak dihargai dan seterusnya membuatkan diorang tension..
 
 Biasanya saat inilah cinta perempuan akan beralih arah. Mencari seseorang yg lebih menghargainya. Jangan salahkan perempuan curang, tapi salahkan diri korang yang tak pandai jaga diorang.

Jiwa perempuan lembut. Diorang perlukan tempat utk membelai perasaan. Bukan utk kita kasari hati diorang
 
Memang susah nak control ego, tapi sebenarnya kita boleh kalau benar2 serius. Tipsnya, lebihkan rasa sabar, jangan cepat melenting. Jangan buat apa-apa keputusan semasa dlm keadaan marah. Dan yang paling penting, sentiasa berfikiran positif. Dengan itu, ego korang pon boleh ditundukkan..

 


Older Post | Newer Post


Thanks for visiting my blog.


Story Me Heart Links

.